Jumaat, 13 November 2009

sahabat...





Sahabat..
masa berputar begitu cepat tanpa aku sedar... kau dah lama meninggalkan daerah ini. Aku rasakan baru semalam aku bertemu dengan kau. kali terakhir kita bertemu dengan suasana yang tegang... kau memarahi aku kerana aku enggan meninggalkan DIA... Aku selalu berjanji dengan kau, aku akan tinggalkan DIA.... tapi aku selalu mengingkari janji itu. Disaat kau menyuruh aku memilih DIA atau kau. Aku mengatakkan yang aku sangat sayangkan kau... Kau inginkan bukti dan aku mengatakkan Aku memerlukan DIA dan bukan perkara mudah untuk aku meninggalkan DIA sekaligus.... Aku perlukan waktu.... Aku tahu dari riak wajah, kau begitu kesal dengan sikap aku.... Maafkan aku... andai waktu boleh undur... Aku mahu bersama kau dan takkan mengenali DIA. Aku sangat terharu dengan segala pengorbanan kau untuk memenuhi segala kemahuanku... Demi aku... kau sanggup kehilangan harga diri dan juga nyawa. Maafkan aku sahabat.... aku lebih mementingkan D#&4H dari persahabatan kita....

Dari yang selalu menyayangimu...
AKU.

Tiada ulasan: