Isnin, 2 November 2009

Kembali semula...


Dah lama benar aku tidak menjejakkan kakiku di negeri Hang Tuah. Rasa kecewa dan sakitnya dalaman jiwaku masih belum benar pulih. Tapi disebabkan pelawaan orang tak dapat aku menolak untuk kembali ke daerah ini. Sepanjang penjalanan ke Melaka aku berdoa dalam hati yang kalut " Tuhan  berikanlah aku kekuatan". sampai sahaja di Melaka hatiku berdebar, dalam hati aku berkata " aku kembali wahai Melaka, manusia yang dah lama  mati ditanahmu  kini bangkit hidup semula bersua dengan mu". Dalam sektul kepedihan dalam jiwaku ada juga secebis kerinduan masa lalu ku disini.
* Di Tanah inilah aku belajar apa itu hidup...

Tiada ulasan: