Jumaat, 1 Januari 2010

SeLamaT TinGgaL 2009… DaN SelaMat daTanG 2010…


Hari ini dan ketika ini tertutup sudah tirai 2009…. Gembira dan sedih bersatu dalam mengucapkan selamat tinggal. 360 hari sudah aku lalui sepanjang 2009 ni… pahit,manis dan bermacam pengalaman telah aku dapat. Mengenal sikap manusia, mengawal perasaan, melepaskan, cuba memahami dan yang penting aku sudah menjumpai apa yang aku cuba cari selama ini. Kedatangan 2010 memberi debaran dihati kerana aku tidak tahu apa yang bakal aku temui dan akan aku perolehi nanti. Setiap tahun sifat,kesukaan, pemikiran,semangat dan apa sahaja pada diriku pasti akan berubah dan aku sendiri tidak tahu apa perubahan yang akan berlaku keatas diriku… kerana perubahan itu berlaku dibawah sedar aku… tapi yang pasti aku akan berubah!. Diperjalanan 2010 akan menampakkan perubahan itu nanti. Azam tahun 2010, aku mahu memahami diri dan membuat pilihan tepat dalam hidup.