Ahad, 25 Oktober 2009

pemandu teksi yang buta?


Bermacam-macam ragam pemandu teksi aku pernah jumpa dari yang menyakitkan jiwa hinggalah permurah dan baik hati. Aku pernah menaiki sebuah teksi ni... mungkin bagi orang lain tak pelik tapi bagai aku ia memang pelik... aku pernah jumpa pemandu teksi ni mungkin dia selalu ada di area2 Masjid Jamek,Jln Bunus dan juga Jln Tar... masa tu aku menunggu Bas AU21 di jalan Bunus, ada sebuah teksi berhenti didepan aku. Aku memerhati  gelagat manusia di dalam teksi tu. Ha, terkejut aku adakah itu imginasi aku atau mata aku memang ting tong masa tu... aku hanya mendiamkan diri dan menganggap hmm itu hanya fikiran aku yang suka memikirkan pkara yang x masuk dek akal. Hmm kalo dia macam tu takkan dia dibenarkan bawa kereta lebih2 lagi teksi. Tapi dari situlah aku mendapat idea sebuah cerita dengan apa yang dlihat pada waktu itu dan apa yang pernah berlaku sebelum ini di TV dimana seorang lelaki buta bisa membawa basikal tanpa melanggar apa2 halangan didepannya.Hmm cerita pemandu teksi bukan berhenti setakat itu saja. Selang beberapa bulan aku mnaiki sebuah teksi di JLN Tar... bukan main terkejutnya aku melihat si pemandu... biar betul orang ni ker... Teksi di Jalan Bunus dulu... Aku mula risau melihat cara dia memandu memandang jalan,cara dia melihat papan tanda dan cara dia melihat wang serta memulangkan baki wang, membuatkan aku  sedikit meragukan pada pelihatannya... matanya seperti tertutup sedikit... walaupun aku sedikit takut menaiki teksinya tetapi dia telah menghantar aku dengan selamat...  itu kekurangan dia tetapi itu juga  kelebihan dia... mgkn bagi orang ni tidak pelik tapi aku ini sesuatu yang @#$#@#%....

* sebenarnya benda lain aku nak tulis .Pasal pemandu teksi juga ttp ni pula tkeluar...
* mungkin ayat aku ni ayat lapuk tapi ia bisa digunakan lagi... jangan menghina seseorang itu kerana kekurangannya... dan jangan terlalu bangga diri dengan kelebihan yang ada... kerana yang kekurangan bisa menjadi sesuatu yg luar biasa dan adakalanya kelebihan menjatuhkan  dan memusnahkan kita....

Tiada ulasan: