Selasa, 10 Januari 2012

Kehilangan Dan Kesempatan

Aku kehilang seorang demi seorang dalam hidupku. Belum sempat kesedihan dihati pergi kini berita bertandang kembali SINTA sahabatku dan juga saudaraku kini gilirannya meninggalkan ku dalam usia yang begitu muda pada 8/1/2012 . Melihat foto terakhirnya yang dipost air mataku mengalir bagaikan tidak mahu berhenti. Rasa kekesalan dihati menghimpit sanubariku, aku terlewat mengotakkan janji padanya. Mungkin janjiku tidak dapat ku tunaikan didunia ini tapi bila tiba masaku nanti aku berharap bisa menemui dia seperti yang dijanjikan.

Teringat waktu kebodohan dan kejahilanku beberapa kali aku cuba mencelakai diri dengan pisau dan menelan berbutir-butir  pil berharap mata terus terpejam selama-lamanya, gara-gara aku lemah dan bosan dengan hidup. Aku selalu monolog ( pertanyaan yang tak pernah ku luahkan kepada sesiapa) " kenapa orang baik mati cepat dan kenapa orang jahat mati lambat?"  terselit rasa kecewa dan tidak adil ( ya waktu ini aku sangat jahil).

Kini aku menjadi seorang penakut ketika dulu aku begitu berani ingin mencabut sendiri nyawaku sekarang aku terlalu takut mencabut nyawaku sendiri apalagi jika ajalku sudah datang. Jika aku mati dengan membunuh diri pasti sukar menghidu bau wangian surga apalagi menjejakinya. Cukuplah penjalanan yang  sukar  tempuhi didunia ini, sebagai seorang manusia aku juga inginkan kebahagian diakhir ceritaku dengan surga. Bila teringatkan ajalku tiba, "apakah aku akan mati dalam keadaan baik atau sebaliknya dan bolehkah aku mati dalam keadaan lidah dan hati ku mengingati Allah?". Teringatkan kata- kata Imam Ghazali "Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita"

Jika dulu Aku selalu monolog ( pertanyaan yang tak pernah ku luahkan kepada sesiapa) " kenapa orang baik mati cepat dan kenapa orang jahat mati lambat?". Kini aku menjawab " Allah itu Maha Adil". Mungkin orang baik mati cepat supaya baiknya tidak melebihi jahat manakala orang jahat mati lambat mungkin kerna tuhan memberi kesempatan untuk berubah...( kata hatiku) . Aku yang masih lagi mampu bernafas bersyukur kerna diberikan kesempatan hidup dan berusaha untuk berubah kepada kebaikan.


Sinta terlibat dalam kecelakaan Jalan Raya sewaktu ingin pulang ke kolejnya. Beliau meninggal dunia ditempat kejadiaan. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Selasa, 3 Januari 2012

2012


Syukur Alhamdulilah masih diberikan peluang meneruskan penjalanan hidup dan masih diberikan peluang membaiki  diri. Lembaran catatan 2012 membuka tirai satu persatu telah ku susun, mengharapkan penjalanan tahun 2012 success . Tidak tersesat dalam mencari arah dan semoga kegelapan yang selama ini menyelimuti diri hilang dari sinaran cahaya.

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

Isnin, 5 Julai 2010

Sesuatu yang hilang~



" makanan yang sedikit akan lebih sedap jika ia berkongsi
berbanding dengan memakan makanan yang lazat tapi cuma dinikamti seorang".

aku sangat merindui hari2 yang lepas, saat rumah ini menjadi riuh
gelak ketawa, bercuti, makan bsama, bersiar2, bergaduh dan kembali damai.
aku masih lagi berharap rumah yang sepi ini akan kembali bersinar seperti dahulu.
tapi apa boleh buat mereka lebih pentingkan orang luar dan kerja berbanding bersama
keluarganya sendiri. Aku semakin bosan berada disini sendirian mengimbas detik2 keindahan
yang sudah berlalu. Mungkin ini jalan yang terbaik bagi aku, meninggalkan rumah sepi ini
supaya hatiku tidak sedih dan kosong.

Jumaat, 16 April 2010

sakit..

sakit...
sangat sakit...
aku makin sakit...
semakin tenat menghitung waktu...
kau bilang aku manusia yang tak mahu mengerti
kau memaki dam memarahi saat aku dalam tenat...
dalam kesakitan aku gigih bangun
lari... lari...
lari...

Selasa, 30 Mac 2010

Tak Kan PeDuli

sudah...
aku sudah  bosan...
dah muak dengan semuanya...
kali ini aku tak mau peduli dengan sesiapa...
jangan tanya aku
dan...
jangan cari aku...
buatlah kau dengan cara kau...
aku Tak kan Peduli

Selasa, 16 Mac 2010

Kamu..kamu Dan Kamu

jalan-jalan
pusing-pusing
dengan Egos
sambil minum coke
tiba-tiba hati gembira
bibir mengukir senyum
sebab apa?
sebab...
kamu...
kamu...
dan
kamu..
ya.. kamu semua !
terima kasih... :)
sesungguhnya kalian sangat istimewa
dalam hidup aku...

:)

wow...
pantasnya  masa berlalu...
sedar tak sedar
dah jauh aku berjalan...
rasa macam baru semalam
aku melayari zaman kanak-kanak.
rasa macam tak lepaskan je..
kalau bolehlah
aku nak masa berhenti setakat ini saja.
untuk yang sangat istimewa  ADIK ...
hari ini  merupakan hari yang indah buat kamu...
keindahan bukan setakat hari ini sahaja...
jadikan keindahan ini untuk selama-lamanya...

* masih ingat kata2 " selagi kita belum sampai ke garisan penamat, kita masih ada peluang untuk menang!" :)

Khamis, 11 Mac 2010

ya! aku memang Biadap

Biadap…


Aku memang biadap..

Tapi biadap aku bersebab..

Aku punya hati..

Aku juga ada perasaan..

Aku bukan robot…

Dan

Aku bukan yang sempura

Kali ini bicaraku sudah biadap

Itu kerna bersebab

* ingat sebelum bercakap fikir dulu jangan main lepas jer*

Ahad, 21 Februari 2010

Si KaNCiL DNG Si MonYET...

monyet: wah kancil senang hati kau...( kancil tsnyum). kau dari mana?
kancil: aku dari dusun seberang sungai sana.( monyet mdekati kancil).
Monyet: dusun?
kancil: yup!. banyak BUAH-BUAHAN kat sana taw...semuanya sedap2, kau pergilah.
Monyet: btol ke kancil? kalau gitu aku mau ke sanalah...
Kancil: aku tahu kau MEMANG suka makan buah yg lazatkan..
Monyet: kalau gitu aku pergi dululah...

2 HARI selepas itu....

Monyet: Tupai tahu tak ? SI KANCIL CEMBURU aku dapat makan buah kat dusun   seberang   sungai    sana....
Tupai: kenapa pula ...
Monyet: yerlah KANCIL cemburu  sebab dia tak boleh PANJAT POKOK  macam aku..
             TAK BOLEH ambil buah... pokok yang tinggi...
Tupai: la.. ye ker? ( Blurr).

KDA: Monyet ada aku kisah ker? kau dapat buah atas pokok tu... kita ni bbeza
dan aku tahu " aku si kancil berkaki 4 yang x boleh panjat pokok" jadi tak perlulah aku
cemburu kalau monyet boleh DAPAT. aku tahu batasan aku...

INI SEKADAR SUKA2...

Jumaat, 5 Februari 2010

Oh..ho

opss... dah  lama tak update blog ar...
kenapa?
sibuk, malas, tak tahu nak citer apa
atau memang tak ada citer nak diciterkn ?.
mmm... ( garu-garu kepala ).