Isnin, 21 Disember 2009

SuRat KePada AyaH...

Ayah…

Ayah tak suka Citra sebab wajah Citra seperti ibu.Wanita yang telah menghancurkan hati ayah. Itu yang Citra dengar semasa perbualan ayah dengan Mak Long.  Ayah tak pernah mengaku Citra anak ayah… ayah kata Citra anak lelaki bangsat yang telah menghancurkan rumahtangga ayah dan ibu. Disaat Citra mengambil keputusan untuk berlajar di ASWARA ayah begitu marah. Ayah kata “ aku benci orang seni!. Dan kau, kalau kau degil juga kau boleh keluar dari rumah ini dan jangan harap aku nak bagi kau satu sen pun”. Citra tahu sebab apa ayah bencikan bidang seni sebab Uncle Wan. Kadang-kadang Citra bertanya dalam hati, sampai bila… sampai bila ayah?. Sampai bila ayah nak membenci Citra?. Citra juga mempunyai hati dan perasaan. Citra cemburu dengan abang Aidil, abang Zafi dan kak Zara apabila mereka bergelak ketawa, bercerita dan tersenyum dengan ayah tapi Citra… setitik dan secacar pun tak pernah ada kesempatan itu. Jika ada orang bertanya pada Citra. “ Adakah Citra benci pada ayah?”. Dengan jujur Citra menjawab sebanyak mana sakit dan kecewanya kasih sayang Citra telah memadamkan rasa kecewaan itu. Maaf Citra mengambil keputusan untuk keluar dari rumah ini. Keluarnya Citra dari rumah ini adalah membina impian dan cita-cita Citra. Maaf sekali dari Citra… Citra tidak dapat menjadi anak kebanggan ayah seperti abang Aidil, abang Zafi dan kak Zara. Buat mama terima kasih kerana menerima diri ini dan buat ibu, semoga ibu aman disana…

Aku bekerja
Bukan ke pesta
Ini muka penuh luka
Siapa punya?
Kudengar seru menderu
Dalam hatiku
Apa hanya angin lalu?
Lagu lain pula
Menggelepar tengah malam buta
Ah..!!!
Segala menebal,segala mengental
Segala tak kukenal…
Selamat tinggal…!




Tiada ulasan: